Program Diploma Pascasiswazah
Pentadbiran Awam (DPPA),
Universiti Malaya
Satu Taklimat bersempena Program
Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam (DPPA) Ambilan Ketiga telah dianjurkan
oleh Universiti Malaya pada 20 April 2015 (Isnin) bertempat di Dewan Kuliah 3
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Program yang dianjurkan ini
merupakan inisiatif yang dilakukan bagi memberi pengetahuan asas kepada kadet
Pegawai Tadbir Diplomat (PTD) juga sebagai platform kepada bakal perintis
negara.
Majlis telah di hadiri oleh barisan
tetamu-tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia. Profesor Madya Dr. VGR Chandran
Govindaraju; Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi) Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
Universiti Malaya, Yang Berusaha, Encik Rospiagos Taha;
Timbalan Ketua Kluster, Sub Kluster Pembangunan Modal Insan, Kluster Kepimpinan
dan Pembangunan Eksekutif, INTAN, Yang Dihormati, Dr.Kuppusamy Singaravelloo;
Timbalan Pengarah (Akademik) Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya
(UMCCed).
Di samping itu, pegawai-pegawai dari
INTAN, ahli-ahli Pengurusan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM, para pegawai UM
dan UMCCed serta para pensyarah DPPA turut sama hadir ke majlis tersebut untuk
meraikan seramai 95 orang calon baharu kadet pelatih Pegawai Tadbir Diplomat
(PTD).
UMCCed juga turut mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua kadet PTD untuk menjalani
Program DPPA yang akan berlangsung selama tempoh 6 bulan ini. Semoga Sukses!
No comments:
Post a Comment