Sunday, 4 October 2015

Latar Belakang UMCCed

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) yang ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan sebuah pusat di bawah Canseleri Universiti Malaya yang menawarkan perkhidmatan perundingan pendidikan berterusan, program-program dalaman (in-house), seminar serta kursus-kursus pada peringkat sijil dan diploma.

Untuk memastikan semua program benar-benar berjaya mencapai objektifnya, satu Jawatankuasa Akademik telah dibentuk untuk membuat kajian terperinci, memberi nasihat dan panduan berkenaan langkah-langkah pelaksanaan secara keseluruhannya. Tumpuan diberikan terhadap setiap aspek yang berkaitan terutama sekali mengenai struktur program, isi kandungan program, kelayakan para pensyarah dan kemudahan pembelajaran yang berteraskan kepada kehendak pasaran kerja serta perkembangan teknologi semasa. Setiap tenaga pengajar yang terlibat dalam kursus ini dipilih berdasarkan kepada kelulusan akademik dan pengalaman merekan dalam bidang yang berkaitan.

UMCCed berhasrat untuk menghasilkan individu-individu yang berupaya untuk mempamerkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian mereka, penyelidikan dan amalan profesional yang bersesuaian serta proses-proses pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah.

Program UMCCed Bersama Komuniti - 
Hari Pertama

Pada 12-14 Disember 2014 yang lalu, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya UMCCed telah mengadakan projek tanggungjawab sosial (CSR) UMCCed Bersama Komuniti di Kampung Sungai Haji Dorani Sungai Besar, Selangor.

Seramai 30 orang pelajar dan 20 orang kakitangan UMCCed telah turut serta dalam program kemasyarakatan ini dan berkampung selama 3 hari 2 malam di Kampung Sungai Haji Dorani bagi memenuhi aturcara program.

Pada hari pertama program berlangsung, semua peserta yang terlibat dilepaskan dengan acara FlagOff yang bermula dari Bangunan Wisma RnD Kuala Lumpur. Sejurus selepas itu, peserta telah diiring oleh Polis Di-Raja Malaysia bermula dari sempadan Sekinchan sehingga ke lokasi program, Kampung Sungai Haji Dorani Sungai Besar, Selangor.

Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga tajaan daripada Mi Sedaap, Karangkraf, Faber-Castell, minuman F&N dan juga barangan Kotex dari Kimberly-Clark.








Program UMCCed Bersama Komuniti - Hari Ke-2
Hari kedua program berlangsung, warga UMCCed berhimpun bersama-sama anak-anak yatim yang dibawa khas dari Asrama Anak-Anak Yatim Islam Sekendi, Sabak Bernam. Di samping itu, warga UMCCed bersama-sama komuniti desa di Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor hadir memeriahkan suasana kampung dengan aktiviti makan rewang atau gotong-royong bersama-sama.

Team CSR II yang terdiri daripada barisan staf UMCCed dan pelajar bertolak ke Asrama Anak-Anak Yatim Islam Sekendi, Sabak Bernam untuk menjalankan urusan kemasyarakatan dan gotong-royong membersihkan asrama terbabit sementara sebahagian besar pelajar-pelajar lain berada di dewan aktiviti utama untuk tujuan sukaneka bersama anak-anak yatim.

Turut hadir ke program kemasyarakatan tersebut adalah YB Budiman Zohdi, ADUN Sungai Panjang bersama-sama Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya UMCCed, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mansor Md Isa bagi merasmikan program yang julung-julung kali diadakan. Kementerian Kesihatan Malaysia yang berpusat di Pejabat Kesihatan Negeri dan Hospital Teluk Intan juga turut hadir bagi menjayakan program yang telah dijalankan.














Program UMCCed Bersama Komuniti - Hari Ke-3
Hari ketiga program berlangsung, Team CSR telah menjalankan aktiviti membersihkan pantai di Batu 23, Sg. Nibong. Selain berekreasi, semua warga kerja dan pelajar UMCCed dapat mengeratkan ikatan silaturahim dengan aktiviti riadah yang menyihatkan seumpama ini.

Majlis penutupan program ini berlangsung pada tengah hari 14 Disember 2014 di mana sesi menyerahkan semula anak-anak angkat yang telah berkampung di Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar.









1 comment:

  1. What is the casino? - SEPT
    The best casino online is the One of the main reasons why people are spending money on septcasino a game is by novcasino having septcasino a https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ few options. One of the reasons

    ReplyDelete