Sunday, 4 October 2015

Program Diploma Pascasiswazah 
Pentadbiran Awam (DPPA), Universiti Malaya








Satu Taklimat bersempena Program Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam (DPPA) Ambilan Ketiga telah dianjurkan oleh Universiti Malaya pada 20 April 2015 (Isnin) bertempat di Dewan Kuliah 3 Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya. Program yang dianjurkan ini merupakan inisiatif yang dilakukan bagi memberi pengetahuan asas kepada kadet Pegawai Tadbir Diplomat (PTD) juga sebagai platform kepada bakal perintis negara. 

Majlis telah di hadiri oleh barisan tetamu-tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia. Profesor Madya Dr. VGR Chandran Govindaraju; Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi) Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Yang Berusaha, Encik Rospiagos Taha; Timbalan Ketua Kluster, Sub Kluster Pembangunan Modal Insan, Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif, INTAN, Yang Dihormati, Dr.Kuppusamy Singaravelloo; Timbalan Pengarah (Akademik) Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).

Di samping itu, pegawai-pegawai dari INTAN, ahli-ahli Pengurusan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM, para pegawai UM dan UMCCed serta para pensyarah DPPA turut sama hadir ke majlis tersebut untuk meraikan seramai 95 orang calon baharu kadet pelatih Pegawai Tadbir Diplomat (PTD).

UMCCed juga turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua kadet PTD untuk menjalani Program DPPA yang akan berlangsung selama tempoh 6 bulan ini. Semoga Sukses!
Press Release


Kuala Lumpur, 23 January 2015  – University Malaya has celebrated it first graduate of International Certified Agency Manager (CAM) programme to support the growth of the insurance and Takaful industry at Bahamas Hall Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway.

The CAM programme that developed in partnership with Focal Point Management Consultants Sdn. Bhd is an initiative for the two organizations in resource of the acute need for human talent driven by rapid development of the insurance and Takaful sector in Asia.

The CAM programme that was started in July 2013, aims to train and develop competent agency managers to build quality and sustainable insurance and Takaful business.

The Director of University Malaya Centre for Continuing Education, Professor Dato’ Dr. Mansur Md Isa said, ”The CAM is our first industry-specific initiative. The insurance and Takaful sector in Asia is projected to grow out pacing other region in the next 15 years. There is clear need for talent to support this rapid growth. The programme teaches best practices completed with necessary tools. We are very encouraged by the sector’s response to our effort. In fact, we have also started the Programme in Indonesia in December last year”.

Since its establishment 73 agency managers from Hong Kong, Malaysia and Philippines, from 7 different companies has awarded the CAM Professional Designation programmes received very positive response from the insurance and Takaful sector across Asia.

The CAM programmes highlighted the 6 keys process that will assist the participants in managing for a sustainable insurance and Takaful business. The 6-step process consists of:
  1. Essentials of Agency Management- A 4-day management workshop plus an action project 
  2. Agency Management in Practice- A modulated 8-day skill-building seminar series plus action projects 
  3. Strategic Agency Management- A 4-day management workshop plus action project 
  4. Completion of a Major Project Paper documenting the manager’s agency development practice 
  5. Testimony by the principal company of the manager’s professionalism, performance and social contribution 
  6. Attendance of a Board Interview

The qualifiers of Certified Agency Manager are presented with their scroll for the graduation ceremony which was presented by Professor Dato’ Dr. Mansur Md Isa earlier that day.

Siaran Media

Kuala Lumpur, 23 Januari 2015 – Universiti Malaya meraikan graduan program bagi Pengurus Agensi yang Diiktiraf (CAM) buat kali pertama di Dewan Bahamas, Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway.

Program kerjasama antara Universiti Malaya dan Focal Point Management Consultants Sdn. Bhd ini adalah satu inisiatif antara gabungan kedua-dua organisasi bagi memenuhi kekurangan pakar dalam bidang insurans dan Takaful.

Penubuhan CAM pada Julai 2013, bertanggungjawab melatih dan melahirkan pengurus agensi yang berkualiti yang akan memanpankan lagi industri insurans dan Takaful.

Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan UniversitI Malaya (UMCCed) Profesor Dato’ Dr. Mansur Md Isa berkata, “Program CAM ini adalah inisiatif pertama UMCCed yang spesifik terhadap satu industri sektor insurans dan Takaful di Asia diramal akan berkembang pesat dalam 15 tahun merangkumi rantau lain. Oleh itu, kepakaran dalam bidang ini sangat diperlukan bagi menampung perkembangan yang sangat pesat.  Program itu mendidik dan melengkapkan peserta dengan kemahiran yang penting dalam industri. Kami juga teruja dengan maklumbalas yang kami terima hasil usaha daripada penubuhan program ini. Malah, kami juga telah memulakan program ini di Indonesia sejak Disember tahun lalu.”

Sejak penubuhannya 73 pengurus agensi dari Hong Kong, Malaysia dan Flipina, dari 7 syarikat berbeza yang dianugerahi CAM Professional Designation telah menerima maklumbalas yang positif dari sektor insurans dan Takaful rantau Asia.

CAM program mengetengahkan 6 kunci proses yang membantu peserta dalam menguruskan penampungan perniagaan insurans dan Takaful. 6 unci proses merangkumi:

  1. Kepentingan Agensi Pengurusan – 4 hari bengkel pengurusan bersama projek tindakan 
  2. Agensi Pengurusan Praktikal – Siri Modul 8 hari untuk seminar membina kemahiran beserta projek tindakan 
  3. Agensi Pengurusan Strategik – 4 hari pengurusan bengkel beserta projek tindakan 
  4. Penyiapan pendokumentasian Kertas Kerja Utama pembangunan pengurus agensi 
  5. Testimoni dari pengurus syarikat berkenaan profesionalism pengurus, prestasi dan sumbangan kepada masyarakat. 
  6. Kehadiran dalam Temuduga Majlis

Penerima yang layak diberikan skrol sempena majlis graduasi yang di sampaikan oleh Profesor Dato’ Dr. Mansur Md Isa.





Latar Belakang UMCCed

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) yang ditubuhkan pada tahun 1998 merupakan sebuah pusat di bawah Canseleri Universiti Malaya yang menawarkan perkhidmatan perundingan pendidikan berterusan, program-program dalaman (in-house), seminar serta kursus-kursus pada peringkat sijil dan diploma.

Untuk memastikan semua program benar-benar berjaya mencapai objektifnya, satu Jawatankuasa Akademik telah dibentuk untuk membuat kajian terperinci, memberi nasihat dan panduan berkenaan langkah-langkah pelaksanaan secara keseluruhannya. Tumpuan diberikan terhadap setiap aspek yang berkaitan terutama sekali mengenai struktur program, isi kandungan program, kelayakan para pensyarah dan kemudahan pembelajaran yang berteraskan kepada kehendak pasaran kerja serta perkembangan teknologi semasa. Setiap tenaga pengajar yang terlibat dalam kursus ini dipilih berdasarkan kepada kelulusan akademik dan pengalaman merekan dalam bidang yang berkaitan.

UMCCed berhasrat untuk menghasilkan individu-individu yang berupaya untuk mempamerkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian mereka, penyelidikan dan amalan profesional yang bersesuaian serta proses-proses pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah.

Program UMCCed Bersama Komuniti - 
Hari Pertama

Pada 12-14 Disember 2014 yang lalu, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya UMCCed telah mengadakan projek tanggungjawab sosial (CSR) UMCCed Bersama Komuniti di Kampung Sungai Haji Dorani Sungai Besar, Selangor.

Seramai 30 orang pelajar dan 20 orang kakitangan UMCCed telah turut serta dalam program kemasyarakatan ini dan berkampung selama 3 hari 2 malam di Kampung Sungai Haji Dorani bagi memenuhi aturcara program.

Pada hari pertama program berlangsung, semua peserta yang terlibat dilepaskan dengan acara FlagOff yang bermula dari Bangunan Wisma RnD Kuala Lumpur. Sejurus selepas itu, peserta telah diiring oleh Polis Di-Raja Malaysia bermula dari sempadan Sekinchan sehingga ke lokasi program, Kampung Sungai Haji Dorani Sungai Besar, Selangor.

Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga tajaan daripada Mi Sedaap, Karangkraf, Faber-Castell, minuman F&N dan juga barangan Kotex dari Kimberly-Clark.








Program UMCCed Bersama Komuniti - Hari Ke-2
Hari kedua program berlangsung, warga UMCCed berhimpun bersama-sama anak-anak yatim yang dibawa khas dari Asrama Anak-Anak Yatim Islam Sekendi, Sabak Bernam. Di samping itu, warga UMCCed bersama-sama komuniti desa di Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor hadir memeriahkan suasana kampung dengan aktiviti makan rewang atau gotong-royong bersama-sama.

Team CSR II yang terdiri daripada barisan staf UMCCed dan pelajar bertolak ke Asrama Anak-Anak Yatim Islam Sekendi, Sabak Bernam untuk menjalankan urusan kemasyarakatan dan gotong-royong membersihkan asrama terbabit sementara sebahagian besar pelajar-pelajar lain berada di dewan aktiviti utama untuk tujuan sukaneka bersama anak-anak yatim.

Turut hadir ke program kemasyarakatan tersebut adalah YB Budiman Zohdi, ADUN Sungai Panjang bersama-sama Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya UMCCed, YBhg. Prof. Dato' Dr. Mansor Md Isa bagi merasmikan program yang julung-julung kali diadakan. Kementerian Kesihatan Malaysia yang berpusat di Pejabat Kesihatan Negeri dan Hospital Teluk Intan juga turut hadir bagi menjayakan program yang telah dijalankan.














Program UMCCed Bersama Komuniti - Hari Ke-3
Hari ketiga program berlangsung, Team CSR telah menjalankan aktiviti membersihkan pantai di Batu 23, Sg. Nibong. Selain berekreasi, semua warga kerja dan pelajar UMCCed dapat mengeratkan ikatan silaturahim dengan aktiviti riadah yang menyihatkan seumpama ini.

Majlis penutupan program ini berlangsung pada tengah hari 14 Disember 2014 di mana sesi menyerahkan semula anak-anak angkat yang telah berkampung di Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar.









Latihan “Fire Drill” di Wisma R&D, UMCCed


Latihan Fire-Drill kali ke-2 telah berlangsung di Bangunan Wisma R&D, UMCCed pada Isnin, 17 November lalu. Balai terlibat ialah BBP Pantai, Seputeh ,Keramat dan TTDI yang diketuai oleh Ketua Balai BBP Pantai PKPgB Hamid bin Daud. Turut hadir Pegawai Kanan Bahagian Operasi PgB Muhammad Taquidin bin Doon.

Majlis Konvokesyen Kali Ke-28 UMCCed



Pada 8 November 2014 (Sabtu) yang lalu, bertempat di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya telah berlangsung satu Majlis Konvokesyen Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) kali ke-28. 

Majlis tersebut telah mencatat sejarah manis bagi seramai 888 orang graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang pada peringkat Sijil dan Diploma Eksekutif. Apa yang menariknya, Majlis Konvokesyen kali ini juga menyaksikan graduan Diploma Sains Siasatan (DSS) dari Maktab Polis DiRaja Malaysia dan Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam (DPPA) juga menamatkan pengajian dan menerima diploma masing-masing dalam majlis penuh gilang-gemilang ini. 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pada setiap Majlis Konvokesyen UMCCed pasti akan memperlihatkan kepelbagaian kumpulan individu yang menjadi graduan UMCCed termasuklah pasangan suami isteri, pasangan bersaudara, warga emas dan golongan kelainan upaya (OKU). 

Ini membuktikan program-program yang ditawarkan di UMCCed membuka peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk membentuk masa depan mereka sendiri. Kepelbagaian golongan dan generasi yang berlumba-lumba mengejar ilmu membuktikan aspek pendidikan sepanjang hayat sebagai jalan terbaik untuk menggapai kecemerlangan. 

Syabas dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua penerima!!!


Senarai Penerima Anugerah Pelajar Terbaik

Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam:
Aiman Wong Chee MIng 

Diploma Eksekutif Pengajian Usuluddin:
Dr. Siti Fauzian binti Abdol Rahim 

Diploma Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia:
Nurul Wahida binti Mohd Shaharuddin 

Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan:
Norashikin binti Mahmud 

Diploma Eksekutif Pengurusan Perkilangan:
Mohd Raiby bin Mahaod

Diploma Eksekutif Pengajian Syariah:
Roeslan Adros bin Yahya

Diploma Eksekutif Kaunseling: 
Hazny binti Saleh

Diploma Eksekutif Pentadbiran Perakaunan:
Nur Nafisah binti Abdul Rahman

Diploma Eksekutif Pengurusan:
Mohamed Amir bin Osman

Diploma Eksekutif Teknologi Maklumat:
Muhammad Haziq Faris bin Hasnol

Diploma Profesional Perancangan Kewangan Islam:
Norazura binti Hemberos

Diploma Sains Siasatan:
Insp. Mohd Yusof bin Mahidin

Diploma Eksekutif Perhubungan Media dan Komunikasi:
Nor Shuhada binti Zakaria

Penerima Anugerah Naib Canselor:
Dr. Siti Fauzian binti Abdol Rahim
(Diploma Eksekutif Pengajian Usuluddin) 


Majlis Penutupan Program 
Diploma Sains Siasatan 2012/2013



Majlis Penutupan bagi Program Diploma Sains Siasatan Sesi 2012/2013 telah diadakan bertempat di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras Selangor pada 7 November 2014 (Jumaat) yang lepas.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDH CP Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pengurusan merangkap Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Polis DiRaja Malaysia. Program Diploma Sains Siasatan (DSS) telah berjaya melahirkan seramai (35) pegawai kanan Polis DiRaja Malaysia, (3) pegawai kanan polis dari Negara Brunei Darussalam dan (1) pegawai kanan dari Angkatan Tentera Malaysia. Ini menjadikan keseluruhan graduan program DSS sejak ditawarkan pada tahun 2001 berjumlah 419 orang.


Para graduan juga bakal menerima diploma masing-masing pada majlis Konvokesyen UMCCed Kali ke-28 di Universiti Malaya pada 8 November 2014.


Diploma Sains Siasatan (DSS) ini merupakan satu program usahasama di antara pihak Universiti Malaya Kuala Lumpur yang dikelolakan oleh Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) dengan pihak Polis DiRaja Malaysia melalui Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur. 

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para graduan yang telah berlangsung selama setahun ini.

Senarai Graduan Terbaik Diploma Sains Siasatan 2012/2013:

Graduan Terbaik: 
INSP G/17415 MOHD YUSOF BIN MAHIDIN

Graduan Kedua Terbaik: 
ASP G/15157 MD RAZMAN BIN REBIN

Graduan Ketiga Terbaik: 
ASP G/15446 ANUAR BIN HJ MD. AZALI @ MD. GHAZALI

Graduan Keempat Terbaik: 
ASP G/12643 NIK ROSNAH BT ABDULLAH

Graduan Kelima Terbaik: 
ASP G/15273 CHANDRASEGARAN A/L EGAMPRAM


Pengarah Baharu UMCCed – 
Prof. Dato’ Dr. Mansor  Md Isa



Pada 13 Oktober 2014 yang lepas, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah secara rasminya menerima perlantikan Pengarah baharu di UMCCed.

Dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Dato’ Dr. Mansor Md Isa telah dilantik sebagai Pengarah baharu UMCCed dan telah berkuatkuasa bermula 13 Oktober 2014 yang lepas.

Pada 16 Oktober 2014 berikutnya, telah berlangsung satu sesi perjumpaan bersama Pengarah dan Staf bertempat di Ruang Jamuan Aras 4 Wisma R&D bagi sesi beramah-mesra dan suai kenal dengan staf-staf baharu bagi mengalu-alukan kedatangan Prof. Dato’ Dr. Mansor Md Isa ke UMCCed.

Untuk makluman, Prof. Dato’ Dr. Mansor Md Isa pernah berkhidmat sebagai Pengarah di UMCCed pada tahun 2008-2010 sebelum menyambung semula khidmat bakti beliau kepada UMCCed pada tahun ini. 

Seluruh warga UMCCed mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada Prof. Dato’ Dr. Mansor Md Isa atas kesudian beliau mencurahkan khidmat dan jasa beliau kepada institusi pengajian ini dalam usaha meningkatkan lagi prestasi UMCCed dan terus mencipta kegemilangan UMCCed pada masa yang akan datang.


Kursus “Profit Maximization Laboratory”

Pada 30 September 2014 hingga 1 Oktober 2014 bertempat di Interactive Learning Room, Aras 14, Wisma R&D telah berlangsung satu Kursus bertajuk "Profit Maximization Laboratory" yang telah dikelolakan dengan jayanya oleh Dr. Zulkufli Zakaria.

Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Komunikasi (BCoM) telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya bagi mengendalikan kursus "Profit Maximization Laboratory" ini. Ojektif kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi organisasi UMCCed ke arah lebih berdaya saing melalui pencapaian produktiviti organisasi.