Thursday, 21 May 2015

Tentang Universiti Malaya


    Kita tahu tentang Universiti Malaya.   

Sebuah universiti yang tertua di Malaysia. Dinobatkan sebagai salah sebuah universiti terbaik dalam ranking dunia yang menawarkan kepelbagaian kursus di peringkat asasi, ijazah, sarjana, master dan phD.   

Namun, apa yang kita kurang tahu adalah tentang UMCCed, (U-M-C-Ced).   


Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya merupakan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) akademik yang berada di bawah Canseleri Universiti Malaya. UMCCed, atau nama singkatan kepada University of Malaya Centre for Continuing Education adalah sebuah institusi yang ditubuhkan bertujuan mempelopori “Pendidikan Sepanjang Hayat atau Lifelong Education”. 

Apa yang istimewanya UMCCed? 

Ramai yang tidak tahu, Pusat Pendidikan Sepanjang Hayat UM ini menawarkan program Diploma (Sepenuh Masa), program Diploma Eksekutif (Separuh Masa untuk warga bekerja), dan program Pengajian Islam. UMCCed turut menyediakan peluang latihan, sijil-sijil kemahiran serta kursus hospitality kepada peserta-peserta tempatan mahupun antarabangsa menerusi bengkel, lawatan sambil belajar dan kursus pendek. UMCCed juga turut menjadi urus setia dan penganjur seminar dan persidangan untuk pelanggan-pelanggan dari dalam dan luar negara. 

 


Misi & Visi 

Visi
Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan berterusan.

Misi
Menyediakan peluang pendidikan berterusan kepada masyarakat umum, sama ada dari dalam atau luar negara dengan menawarkan kursus-kursus dan aktiviti yang bertujuan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan individu dari segi profesion atau pembangunan diri.

Lokasi strategik 
Kedudukan strategik UMCCed di Wisma R&D Universiti Malaya memberikan kemudahan akses kepada orang ramai melalui jaringan jalan raya utama dan juga pengangkutan awam. Di samping itu, kampus ini juga terletak berdekatan kampus utama Universiti Malaya di bandar raya Kuala Lumpur.

Kemudahan
Selain kemudahan di Universiti Malaya, UMCCed juga menyediakan kemudahan pembelajaran yang selesa seperti bilik seminar dan makmal computer bagi kegunaan pelajar-pelajarnya. Kemudahan lain seperti kafeteria, surau dan shuttle bus turut disediakan.

Komitmen
UMCCed sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap golongan pelanggan. Kualiti program serta sistem pengajaran dan pembelajaran akan sentiasa dipertingkatkan bagi menghasilkan warganegara yang berilmu untuk memenuhi keperluan pembangunan negara.

















                         

No comments:

Post a Comment